Thursday 29 November 2012

Adab Bersembang

 Terbaca artikel yang menarik ni.. Memang saya selalu terlepas pandang bila dah seronok sangat bersembang... Jom kita baca...

Adab Bersembang | iluvislam.com discover the beauty of islam

Sesungguhnya Islam agama yang indah. Setiap perkara mempunyai adab dan aturannya yang tersendiri. Semuanya diajarkan Nabi SAW sehinggalah sekecil-kecil perkara seperti masuk dan keluar tandas.
Pernah terjadi beberapa orang Musyrikin mengejek Salman al-Farisyi r.a., kata mereka,
"Nabi kamu mengajarkan semua benda sehingga perkara berkaitan istinjak. Kata Salman, "Memang benar! Nabi kami menegah daripada membuang air besar atau kecil dalam keadaan menghadap kiblat, beristinjak menggunakan tangan kanan, beristinjak kurang daripada tiga biji batu." (Hadis Riwayat Muslim)
Antara adab yang selalu dipandang ringan oleh umat Islam adalah adab bersembang. Apakah perbualan atau cara kita bersembang setiap hari menepati tuntutan Islam?

1. Suara yang rendah dan lembut.
Menurut Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah, meninggikan suara terhadap seseorang itu menunjukkan kurangnya hormat kita kepada mereka. Seeloknya kita bercakap dengan kadar yang sederhana, sebagaimana yang kita inginkan apabila mendengar daripada seseorang.
Adab ini perlu diamalkan sama ada ketika bersama sahabat mahupun musuh, orang yang dikenali mahupun tidak, orang kecil mahupun dewasa. Lebih- lebih lagi ketika bersama kedua-dua orang tua dan orang yang setaraf dengan mereka.
Menurut Abdullah bin Zubair r.a., selepas turunnya ayat ke-2 surah al-Hujurat iaitu "Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu meninggikan suara kamu melebihi suara Nabi".  Sayidina Umar r.a. terus berubah sikapnya. Sekiranya bercakap dengan Nabi, dia akan bercakap seperti orang berbisik-bisik sehingga terpaksa disuruh ulang beberapa kali kerana tidak dapat difahami .
Imam Zahabi menyebut, "Jikalau orang tidak mengenali siapa Muhammad bin Sirin (ulama Tabi'in), mereka akan menyangka dia seorang yang sakit kerana terlalu rendah suaranya apabila bercakap dengan ibunya." Lihatlah, betapa beradabnya golongan salaf dalam berkata-kata.
2. Tidak menunjuk pandai.
Antara adab bersembang juga, kita tidak memalukan sahabat kita dengan menzahirkan kepada mereka apa yang kita ketahui sedangkan mereka tidak memahaminya. Sabda nabi SAW,

"Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka."
(Hadis Riwayat Muslim)

Contohnya jikalau kita seorang pakar ekonomi dan berhadapan dengan seorang petani kampung, elakkan bercakap tentang kerja kita yang jauh di luar bidang mereka serta sukar difahami dengan mudah. Sebaik-baiknya, tunjukkanlah perhatian kepada mereka dan lebihkan mendengar daripada berkata-kata.
Seorang Tabi'in yang terkenal iaitu Imam Ata' bin Abi Rabah berkata, "Seorang pemuda menceritakan kepadaku sebuah kisah. Aku mendengarnya dengan teliti seolah-olah aku tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Sebenarnya aku telah mendengar kisahnya itu sebelum dia dilahirkan lagi."
Khalid bin Safwan berkata, "Jikalau seseorang bercerita dan aku telah mendengarnya sebelum ini, atau perkara itu telah kuketahui, aku tidak akan menyampuknya. Aku bimbang dia akan menyedari yang aku telah mengetahuinya."
Begitulah cara ulama-ulama menjaga pergaulan mereka. Mereka tidak meringan-ringankan kata-kata seseorang walaupun perkara tersebut sudah diketahui.

3. Biarkan mereka menghabiskan ucapan.
Sekiranya kita musykil tentang sesuatu yang diperkatakan, hendaklah bersabar sehingga seseorang menghabiskan ucapannya. Kemudian, soallah dengan adab dan berhemah. Jangan memotong di tengah-tengah percakapan. Ia akan menghilangkan adab serta menimbulkan rasa tidak senang orang yang sedang bercakap. Melainkan ketika dalam kelas pengajian, kita boleh bertanya dan berbincang sekiranya guru mengizinkan.
Menurut Ibrahim bin al-Junaid, "Belajarlah cara mendengar yang baik sepertimana kamu belajar cara bercakap yang baik. Antara ciri pendengar yang baik juga adalah membiarkan seseorang menghabiskan kata-katanya, bercakap menghadap tubuhnya dan bertentangan wajahnya serta tidak menyampuk sekiranya dia membicarakan sesuatu yang sudah kamu ketahui."
 Nabi SAW apabila diseru seseorang, Baginda tidak sekadar memalingkan muka bahkan menghadapkan seluruh tubuhnya kepada orang tersebut. Inilah bukti keindahan pekerti Rasulullah SAW.
Sama-samalah kita mengamalkan adab yang indah ini. Walaupun nampak ringan dan kecil, pasti ada kelebihan pada setiap amalan yang dianjurkan ulama-ulama Islam. Kata pepatah Arab, "Jangan kamu memandang ringan benda yang kecil, sesungguhnya gunung itu terhasil daripada debu-debu yang halus."
Rujukan: Kitab Min Adabil Islam, Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah

Saturday 20 October 2012

Istimewanya Lecithin...

Memandangkan ramai yang dah tanya saya pasal Lecithin Shaklee ni,  meh saya story kat sni..

Lecithin ni memang glamour di kalangan mereka-mereka yang nak kurus.sebab fungsi utamanya adalah untuk MEMECAHKAN LEMAK.. tapi ramai yang tak tahu Lecithin Shaklee sebenarnya berfungsi lebih daripada itu..




Lecithin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan. .Lecithin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, soybeans ...dan tahukah anda ~ Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin...dan yang menariknya..Lecithin Shaklee adalah bersumberkan dari soybean... hehehe.. (sebab tu la, Lecithin Shaklee ni sangat berkesan).


 13 kelebihan tentang Lecithin Shaklee yang anda perlu tahu...
 credit to  Cery


  1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras ... Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini .
  2. Kenapa org yang nak kurus suke lecithin?.Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian... ( yang ni yang saya amalkan, dan sangat berkesan)..Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecithin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan....Banyak faktor seperti bahan2 kimia daripersekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2...jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecithin ,pasti ianya keputusan yg bijak.,
  4. Lecithin membantu mengurangkan atau mecegah penyakit berkaitan hati....
  5. Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecithin.
  6. Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria.Disamping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida
  7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer's disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan...
  8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..
  9. Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema
  10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  11. Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  13. Lecithin, bersama unsur2lain digunakan utk membuat BILE.. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak dan ..Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan 
  14. Satu lagi kelebihan,( ini testimoni dari customer -customer yang breastfeeding dan dah cuba Lecithin), ia boleh mengurangkan "clogged-duct"  dan melancarkan pengaliran susu..

Haa, punyer la banyak kelebihan lecithin ni..  Memang rugi kalau tak cuba..

Tips:

Pastikan anda mengambil Lecithin selepas heavy meal(lunch/dinner) bukan sebelum makan lunch/dinner yer kerana pengambilan vitamin sebelum makan akan meningkatkan enzim metabolik... dimana anda akan cepat berasa lapar.... .


Hubungi saya winadore7@gmail.com | SMS-WhatsApp 0104019178 untuk maklumat lanjut. 

 

Tuesday 16 October 2012

Fungsi Vitamin E

Vitamin E adalah vitamin larut lemak. Vitamin E merupakan vitamin antioksidan yang aktif. Namun begitu, kehadiran Selenium di dalam Vitamin E, meningkatkan potensi kefungsian Vitamin E itu sendiri. Kedua duanya bersifat antioksidan di mana ianya bekerjasama untuk melambatkan penuaan.

Inilah istimewanya Vita-E Complex keluaran SHAKLEE. Mengandungi Vitamin E semulajadi bersama-sama Selenium.  Antara fungsi Vita-E Complex adalah:
  • Memelihara kesihatan kulit, melambatkan proses penuaan
  • antioksidan yang sangat penting dalam pencegahan kanser dan  penyakit kardiovaskular
  • Bersifat anti-imflammatory
  • Bersifat diuretic, mengurangkan tekanan darah tinggi
  • mengurangkan risiko penyakit katarak
  • Membantu kesuburan lelaki dan wanita
  • Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi ibu2 yang mengandung
  • Menyokong fungsi penghantaran oksigen ke seluruh badan bagi meningkatkan stamina
  • Bekerjasama dengan Vitamin A untuk melindungi paru2 daripada pencemaran udara
  • Mengurangkan risiko masalah jantung dan strok
  • Mengelakkan / mengurangkan masalah darah beku  

Bagaimanakah nak kenal Vitamin E daripada sumber semulajadi?
  • Lihat label pada botol Vitamin E tersebut, pastikan Vitamin E itu datang dari sumber d-alpha-tocopherol - ’d’ ini bermakna ia adalah sumber asli. Ini kerana, suplemen Vitamin E dari sumber semulajadi boleh diserap oleh badan sebanyak 2 kali ganda lebih mudah berbanding Vitamin E sintetik.

     Sekilas Fakta Vitamin E Shaklee

    * 400 IU Vitamin E dari sumber semulajadi.
    * 10 mcg Selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti vitamin E.

    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

    Berminat?
    Hubungi saya di winadore7@gmail.com atau SMS/WhatsApp ke 010-4019178 untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

     

Sunday 7 October 2012

Siapa yang perlukan GLA Complex?

Kalau sebut tentang evening primrose oil, tentu ramai yang dah tahu. Dalam Shaklee, tiada evening primrose oil, tapi ada yang lebih baik, GLA Complex.  Jom kita baca tentang GLA Complex ni.

GLA atau nama penuhnya Gama Linolenik Acid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita.Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.





Apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni?
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf 


  • Siapa yg perlukan GLA Complex:
    ~ Diabetes
    ~ Period tidak teratur
    ~ Mencantikkan kulit



    ** Boleh hubungi saya winadore7@gmail.com  untuk cara pengambilan suplemen ini.

Monday 1 October 2012

ESP Shaklee: Best seller

Inilah Energizing Soy Protein, (ESP), best seller product Shaklee..
 
SIAPA YG PERLUKAN ESP?
 
Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu.terasa energetic dan tak  lapar sangat.. sangat bagus untuk weight management)
 
Lelaki : Protect from any disease (heart,cancer,etc)
 
Ibu mengandung : For a healthier pregnancy- well grown fetus ; membantu mengurangkan ketakselesaan ketika hamil especially heartburn
 
Ibu yang menyusu: Membantu menggalakan dan mengekalkan pengeluaran susu . Dan yg bestnya, pengambilan ESP konsisten sepanjang penyusuan susu ibu,dapat membantu pekembangan fizikal bayi secara sihat (Bonus: Kulit jadi gebu dan anjal)
 
Wanita: Keanjalan kulit.. Awet muda gitu..(protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata
 
Hanya yang dah rasa kehebatan ESP ni boleh faham kenapa ESP menjadi killer product Shaklee. Cara nak bancuh ESP pun sangat mudah, dan tidak memerlukan persediaan yang lama. Paling basic, campur satu sudu ESP dengan air suam tapi tak terhad cara tu je, sebab ada banyak variasi resepi ESP,  yang mana saya akan kongsikan bila anda mula consume ESP ni.. Don't worry, anda mesti teruja bila guna ESP, sampaikan ada customer saya, kalau boleh pagi petang, siang malam nak minum ESP jer.. Begitulah hebatnya penangan ESP ni..hehehehe...
 
Nak cuba? 
Hubungi saya hari ini : winadore7@gmail.com.
 
 
 

Wednesday 19 September 2012

Ostematrix: rasailah perbezaannya

Hari ni saya nak share pasal satu produk Shaklee yang memang saya rasa marvelous sangat sangat.. OSTEMATRIX.. Ataupun nama manja..OSTE, hehe..


(Ostematrix Shaklee ni mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

Sejak saya mengamalkan makan ostematrix ni, saya sentiasa rasa bertenaga dan mudah bangun dari tidur. Kalau tak, sebelum ni, alahai..susahnya nak bangkit dari tidur. Lagi lagi bila menyusukan aqeel waktu malam, pagi pagi rasa lesu, x bermaya.. Tapi sekarang, sejak makan oste, saya sentiasa jer bertenaga dan mudah bangun awal waktu pagi. selain tu, ostematrix ni membantu banyakkan susu untuk breasfeeding mom. Kaki saya juga tidak lagi mengalami kekejangan.. Kalau tak, dulu, hampir setiap bulan kaki saya cramp.

Bagi yang belum mencuba Ostematrix Shaklee, cubalah dapatkannya supaya anda rasakan perbezaannya. Saya jamin, anda akan sangat berpuashati dengan Ostematrix. Berikan diri anda peluang untuk nikmati kesihatan yang lebih hebat.


Kelebihan Ostematrix Shaklee ialah kerana ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.


Bagi yang dah amalkan, tahniah kerana anda memberi tubuh badan anda antara supplement formula terbaik dari Shaklee! Bagi yang belum cuba dan mengambil kalsium dari jenama lain, apa kata cuba Ostematrix Shaklee dan saya yakin anda akan jatuh cinta dengan kebaikan yang anda perolehi!!!!


Jika anda adalah seorang yang mudah stress, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid, pastikan anda memberi peluang diri anda mengubah nasib anda dengan Ostematrix.
Jika anda seorang yang bekerja dan sering keletihan, ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!
Jika anda seorang ibu mengandung, ostematrix membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.

Jika anda seorang ibu yang menyusu, ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baik provided prinsip utama penyusuan diamalkan.
Jika anda seorang wanita, ostematrix membantu mengurangkan risiko kereputan tulang ( osteoporosis)
Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, anda perlukan ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh badan anda!


Jom dapatkannya hari ini!
Hubungi saya, winadore7@gmail.com , atau 0104019178 untuk maklumat lanjut..

These statements have not been evaluated by the food and drug administrations. these products are not intended to diagnose, cure, or prevent any diseases. consult your healthcare professionals before taking any dietary supplements. 






Thursday 13 September 2012

Tips untuk memilih protein soya yang terbaik

Ada banyak jenis protein soya dalam pasaran sekarang. Tak perlu la saya nak sebut jenama-jenama yang ada ye, hehehe.. tapi memang ada banyak pilihan. SO, camana nak pilih protein soya yang terbaik, yang diyakini selamat dan paling pentingbernutrisi.

Ha, kat bawah ni saya senaraikan tips-tips untuk memilih protein soya yang terbaik.

1) Kacang soya mesti tumbuh membesar secara organik- bermaksud ditanam tanpa bahan kimia, yang menyebabkan zat soya berkurangan. selain zat kurang, ia boleh menyebabkan kanser juga. jadi, katakan tidak kepada penggunaan pesticides, fungicides dan herbicides semasa pembesaran kacang soya itu.

2) Kacang soya mestilah Non GMO. apa maksud non GMO? maksudnya kacang soya itu tidak dihasilkan secara tiruan, dialter bentuk asal genetiknya. kacang soya tiruan adalah lebih murah dihasilkan tapi genetik nya dah dimodified dan tidak asli lagi. khasiatnya jugak tidak lagi asli lah.

3) Protein soya mesti ada 9 asid amino lengkap- ini kerana badan kita memerlukan 9 jenis asid amino ini (yang diperolehi daripada sumber protein yang dimasukkan ke dalam badan melalui makanan). apa gunanya asid amino? banyak gunanya- hasilkan hormon, menghadamkan makanan, hasilkan enzyme, sebagai antibodi etc. kalau satu jenis asid amino tak ada, immune system badan boleh berkurangan sebagai 30%. ada fungsi badan yang boleh tergendala tanpa asid amino yang lengkap ini.

4) Soya mesti dibersihkan/ diasingkan dengan air, bukan alkohol. kenapa? selain alkohol tu haram untuk orang islam, alkohol juga menghapuskan kandungan isoflavanes dalam kacang soya. kalay soya takde isoflavanes, memang khasiat soya itu langsung tak wujud. isoflavanes terbukti mengurangkan risiko kanser, menyeimbangkan hormon dan meningkatkan jisim tulang. ingat tu, soya bukan penyebab kanser ya, tapi cara pemprosesan tu yang menyumbang kepada kualiti soya itu sendiri.

5) Proses pembuatan protein soya bukan melalui pemanasan- asid amino yang terdapat dalam protein soya adalah sangat sensitf kepada suhu yang tinggi. memasak soya dengan suhu yang tinggi memusnahkan asid amino yang penting sehingga 50%. rugi lah makan tanpa khasiat kan!

6) Bahan anti- thyroid/ anti- growth substance mesti disingkirkan. cara penyingkirannya pula mesti memastikan asid amino dan kandungan isoflavanes dalam protein soya tidak terjejas.

7) Product soy isolate mesti ditambah dengan unsur kalsium. ini kerana tanpa tambahan kalsium, soya yang asal boleh menyebabkan kerapuhan tulang. tambahan kalsium akan meneutralkan semula soya dan mengembalikan faedah- faedah yang lain.

credit to Puteri

           (Energizing Soy Powder) ESP Shaklee ade kesemua 7 ciri yang saya senaraikan kat atas.



                                                                Anda tak nak cuba ke?

HUBUNGI SAYA | winadore7@gmail.com untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee.
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Tuesday 11 September 2012

Healing Crisis

Article menarik tentang healing crisis ni saya dapat dari blog Puteri. Jom kita baca sama-sama, hehehehe....


  • Walaupun persekitaran dan kehidupan kita sekarang ni penuh dengan pencemaran, tekanan dan gaya hidup yang tidak sihat, kita sebenarnya masih ada peluang untuk memperbetulkan keadaan. walaupun mungkin kita tidak dapat 100% kehidupan sihat, makanan sihat dan persekitaran yang bersih, kita masih boleh sekurangnya mencapai tahap optima. 
  • Apabila kita ambil keputusan untuk memperbaiki keadaan (makanan yang sihat, bersenam, ambil supplement dll), badan kita akan mengalami fasa membuang semua toksin dalam badan ataupun yang dikenali sebagai "healing crisis" atau pun detoxification. 
  • Dadan kita sebenarnya sangat hebat untuk diperbaiki dengan sendirinya. apabila badan telah diberi zat secukupnya, ia akan mula membuang semua toksin yang ada dalam badan. 
  • Kalau badan kita memang berpenyakit, badan akan mengambil masa yang lama untuk keluarkan semua toksin yang ada. kalau badan kita sihat, mungkin sekejap saja. 
  • Biasa juga, selepas kita ambil vitamin atau berhenti mengamalkan kehidupan yang tidak sihat seperti merokok, makan makanan segera, badan akan terasa lebih cergas. kemudian tiba- tiba rasa lemah, lesu, letih. apa sebenarnya yang berlaku? 
  • Sebenarnya, ketika badan membuang segala toksin daripada sistem, organ- organ memperkuatkan dirinya dan berfungsi dengan lebih baik. badan kita sebenarnya lebih kuat dari apa yang kita jangkakan!
  • Pada masa ini juga, tisu- tisu baru dihasilkan, dan toksin yang tersimpan (kebanyakan nya dalam LEMAK!) pun dikeluarkan sepenuhnya dari badan. 
  • Oleh sebab toksin banyak tersimpan dalam lemak, bila kita melalui "healing crisis" kadang- kadang kita akan hilang berat badan juga. 
  • Kadang- kadang semasa badan melalui krisis ini, penyakit yang kita hadapi juga akan menjadi lebih teruk. yang membezakan antara penyakit sebenar dan healing crisis ialah, kesakitan semasa healing crisis adalah sementara. jadi bertahanlah!
  • MINUM lah air kosong, atau tea herba dan jus buah- buahan dengan kerap dan secukupnya ketika proses ini berlaku. ia akan bantu badan anda bertahan. 
tips menarik: ramai orang rasa seperti kena selesema selepas diurut, mengapa? ia kerana toksin dalam otot sedang dikeluarkan. jadi, selepas urut, kena minum air dengan banyak ya! 



HUBUNGI SAYA |  | winadorw7@gmail.com *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Thursday 30 August 2012

Omega Guard Shaklee



Omega 3 adalah asid lemak yang penting (EFA), dan tidak boleh diperbuat oleh badan kita . Asid lemak Omega-3 boleh didapati dalam minyak ikan dan tumbuhan tertentu. Minyak ikan mengandungi kedua-dua DHA dan EPA.EPA penting untuk kesihatan jantung dan sendi, manakala DHA adalah penting untuk perkembangan dan fungsi otak .

Omega Guard Shaklee

Faedah & kepentingan Omega-3:
  • Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
  • Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang berbahaya
  • Mengurangkan risiko strok
  • Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
  • Merendahkan tekanan darah
  • Mengurangkan kekakuan dan kelembutan sendi
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa omega-3 menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Omega-3 juga menyokong otak, visi, dan fungsi sendi yang sihat

Mengapa Omega Guard Shaklee?

Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.
Siapa Yang Sesuai Mengambil Omega Guard?
  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu
  • Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
  • Lelaki
  • Warga Emas
  • Mereka yang mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes
  • Mereka yang mementingkan kehidupan sihat

Perhatian: Sila dapatkan panduan pemakanan OmegaGuard untuk kanak-kanak, ibu mengandung mahupun dewasa daripada pengedar Shaklee anda yang sah!

Anda boleh dapatkan Omega Guard hari ni… Minyak ikan terbaik, bebas bahan kimia, dan semestinya halal!


Hubungi saya, winadore7@gmail.com untuk maklumat lanjut.
These statements have not been evaluated by the food and drug administrations. these products are not intended to diagnose, cure, or prevent any diseases. consult your healthcare professionals before taking any dietary supplements.


Friday 17 August 2012

Nutrisi untuk bayi pra matang

Bayi pra-matang sebenarnya memerlukan nutrien yang lebih tinggi dan si ibu pula perlu memastikan bahawa si anak mendapat sepenuhnya susu ibu tanpa bantuan susu formula kerana pada waktu ini bayi pra-matang sangat memerlukan penjagaan yang rapi dan sistem imunisasi mereka adalah sangat rendah. Oleh itu si ibu perlu pastikan agar bayi pra-matang mendapat khasiat sepenuhnya susu ibu agar mereka mendapat semua kebaikan daripada susu ibu. 

Oleh sebab itu, suggestion saya ialah agar ibu-ibu mencuba set asas penyusuan Shaklee bersama sama  Energizing Soy Protein bagi memperkayakan lagi susu badan kita di samping ibu dan si anak mendapat semua kebaikan dan meningkatkan taraf kesihatan yang optimum. Walaupun si ibu telah memakan suplemen, pemakanan seimbang perlu diteruskan di samping mengepam dengan penuh konsisten 2-3 jam sekali, minum air masak yang banyak at least 2-3 liter sehari serta jangan lupa berdoa agar perjalanan penyusuan dipermudahkan.

Jikalau boleh pastikan bayi pra-matang ini mendapat sepenuhnya susu badan yang fresh untuk 6 bulan yang pertama tanpa dicampur dengan susu beku kerana bayi pra-matang sangat 'fragile' . Mereka mudah jatuh sakit dan tidak boleh terdedah kepada orang ramai yang dikhuatiri boleh menyebabkan jangkitan. Ini adalah kerana sistem pertahanan badan bayi pra-matang sangat rendah. 

Pasti anda tertanya, bolehkah saya memastikan anak saya mendapat susu fresh tanpa ada sedikit susu bantuan daripada susu beku? Ya, boleh! Caranya ialah pastikan payudara anda dikosongkan dengan bantuan breastpump atau direct feeding 2 jam sekali. Prinsip penyusuan ialah jika ada permintaan maka penghasilan akan berlaku. Rangsangan yang kerap akan meningkatkan penghasilan susu badan. Susuilah bayi pra-matang mengikut demand atau 2 jam sekali agar bayi anda mahir dalam pelekapan sekiranya bayi anda sebelum ini diajar minum melalui tiub. Bagi mereka yang punya anak pra-matang perlu ada kesabaran yang tinggi, jangan mudah putus asa dan jangan lupa menjaga kesihatan 
diri sendiri agar dapat menghasilkan susu badan bagi bayi anda.

Set penyusuan Shaklee yang terdiri daripada Vita- Lea Iron Formula, B Complex, Vitamin C, Alfalfa menyediakan pakej lengkap nutrisi keperluan untuk penyusuan bayi pra matang.  Lagi bagus, kalau ibu ibu tambah ESP untuk memekatkan susu dan merangsang penghasilan susu.

Nah, banyak betul kelebihan menggunakan set penyusuan Shaklee ni. Hubungi saya hari ni

 Credit to alin. ( www.alinalan.blogspot.com )


HUBUNGI SAYA | | winadore7@gmail.com *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Monday 13 August 2012

Supplemen yang membantu breastfeeding

Apa dia basic concept dalam breastfeeding?


Basic concept ialah supply vs demand..  Lebih kerap payudara dikosongkan,lebih byk susu yang akan terhasil..Akan tetapi si ibu juga kene ingat.. faktor2 seperti pemakanan (diet seharian menepati piramid makanan), rehat yg cukup, tubuh yg sihat, bebas dari stress, pengambilan air yg cukup, makanan rohani (doa yg tak pernah putus pada Allah ..Istiqamah). juga perlu di ambil kira. Itu semua adalah perfect combination utk menjayakan penyusuan selama 2 tahun... Kita taknaklah susu byk tapi  si ibu pengsan la plak karang tak cukup tenaga nak jalankan tanggungjawab seharian.

Shaklee menawarkan rangkaian vitamin vitamin yang cukup hebat untuk membantu ibu-ibu yang ingin menjayakan penyusuan selama 2 tahun..  Nak tahu ape die? Haa, jom tengok sama-sama info kat bawah ni. 


Vitalea -lengkap dgn zat besi.Ianya diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Ia dapat meningkatkan kesihatan secara menyeluruh dan memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas


Vitamin B Complexmenyokong fungsi saraf dan menukarkan tenaga dari makanan. Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh





 Vitamin C -merupakan bahan antioksida berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Utk kulit yang cantik, anda perlukan Vitamin C.


ESP: Energizing Soy Protein.Tubuh manusia tidak mampu menghasilkan semua asid amino yang diperlukan. Sedangkan asid amino ni penting utk pembentukan enzim, hormon, tisu dan sel. ESP membekalkan semua jenis asid amino yang badan kita perlukan.





Ostematrix: ( Calcium Magnesium) diperlukan untuk menyokong pertumbuhan tulang dan gigi dan juga mengurangkan risiko osteoporosis




Alfalfa:  adalah galactagogue yg turut membantu menggalakkan penghasilan susu ibu secara natural dan alfalfa juga berfungsi utk keintiman wanita.





Kesimpulannya, vitamin- vitamin  ini membantu ibu untuk terus kekal bertenaga dan paling penting dan ia memenuhi ruang kosong yg badan perlukan (vitamin, garam ,mineral).. Dan vitamin juga memperkayakan lagi nutrisi susu ibu yg semulajadi kaya dgn zat2.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
___________________________________________
Hubungi saya hari ini , winadore7@gmail.com untuk maklumat lanjut berkenaan produk Shaklee



Tuesday 7 August 2012

First entry

Sàlam..Akhirnya tertunai sudah hasrat untuk "create" blog ni. :-)

Sebenarnya dari awal tahun lagi dah ada perancangan, cuma hati jer x kuat, dan masa x mengizinkan, lantaran sibuk dengan hal hal kerja dan belajar..  Sampailah dah nak hujng tahun..baru ade masa, hehehe..

Satu je harapan, x nak blog ni " terhenti" separuh jalan.. Harap - harap saya istiqamah dalam menulis dan berkongsikan apa yang saya tahu dan pelajari..

Terima kasih juga kepada Puteri Yusof kerana menjadi sumber inspirasi untuk saya menulis semula di blog.. Hehehehe...