Wednesday 19 September 2012

Ostematrix: rasailah perbezaannya

Hari ni saya nak share pasal satu produk Shaklee yang memang saya rasa marvelous sangat sangat.. OSTEMATRIX.. Ataupun nama manja..OSTE, hehe..


(Ostematrix Shaklee ni mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

Sejak saya mengamalkan makan ostematrix ni, saya sentiasa rasa bertenaga dan mudah bangun dari tidur. Kalau tak, sebelum ni, alahai..susahnya nak bangkit dari tidur. Lagi lagi bila menyusukan aqeel waktu malam, pagi pagi rasa lesu, x bermaya.. Tapi sekarang, sejak makan oste, saya sentiasa jer bertenaga dan mudah bangun awal waktu pagi. selain tu, ostematrix ni membantu banyakkan susu untuk breasfeeding mom. Kaki saya juga tidak lagi mengalami kekejangan.. Kalau tak, dulu, hampir setiap bulan kaki saya cramp.

Bagi yang belum mencuba Ostematrix Shaklee, cubalah dapatkannya supaya anda rasakan perbezaannya. Saya jamin, anda akan sangat berpuashati dengan Ostematrix. Berikan diri anda peluang untuk nikmati kesihatan yang lebih hebat.


Kelebihan Ostematrix Shaklee ialah kerana ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.


Bagi yang dah amalkan, tahniah kerana anda memberi tubuh badan anda antara supplement formula terbaik dari Shaklee! Bagi yang belum cuba dan mengambil kalsium dari jenama lain, apa kata cuba Ostematrix Shaklee dan saya yakin anda akan jatuh cinta dengan kebaikan yang anda perolehi!!!!


Jika anda adalah seorang yang mudah stress, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid, pastikan anda memberi peluang diri anda mengubah nasib anda dengan Ostematrix.
Jika anda seorang yang bekerja dan sering keletihan, ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!
Jika anda seorang ibu mengandung, ostematrix membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.

Jika anda seorang ibu yang menyusu, ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baik provided prinsip utama penyusuan diamalkan.
Jika anda seorang wanita, ostematrix membantu mengurangkan risiko kereputan tulang ( osteoporosis)
Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, anda perlukan ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh badan anda!


Jom dapatkannya hari ini!
Hubungi saya, winadore7@gmail.com , atau 0104019178 untuk maklumat lanjut..

These statements have not been evaluated by the food and drug administrations. these products are not intended to diagnose, cure, or prevent any diseases. consult your healthcare professionals before taking any dietary supplements. 






Thursday 13 September 2012

Tips untuk memilih protein soya yang terbaik

Ada banyak jenis protein soya dalam pasaran sekarang. Tak perlu la saya nak sebut jenama-jenama yang ada ye, hehehe.. tapi memang ada banyak pilihan. SO, camana nak pilih protein soya yang terbaik, yang diyakini selamat dan paling pentingbernutrisi.

Ha, kat bawah ni saya senaraikan tips-tips untuk memilih protein soya yang terbaik.

1) Kacang soya mesti tumbuh membesar secara organik- bermaksud ditanam tanpa bahan kimia, yang menyebabkan zat soya berkurangan. selain zat kurang, ia boleh menyebabkan kanser juga. jadi, katakan tidak kepada penggunaan pesticides, fungicides dan herbicides semasa pembesaran kacang soya itu.

2) Kacang soya mestilah Non GMO. apa maksud non GMO? maksudnya kacang soya itu tidak dihasilkan secara tiruan, dialter bentuk asal genetiknya. kacang soya tiruan adalah lebih murah dihasilkan tapi genetik nya dah dimodified dan tidak asli lagi. khasiatnya jugak tidak lagi asli lah.

3) Protein soya mesti ada 9 asid amino lengkap- ini kerana badan kita memerlukan 9 jenis asid amino ini (yang diperolehi daripada sumber protein yang dimasukkan ke dalam badan melalui makanan). apa gunanya asid amino? banyak gunanya- hasilkan hormon, menghadamkan makanan, hasilkan enzyme, sebagai antibodi etc. kalau satu jenis asid amino tak ada, immune system badan boleh berkurangan sebagai 30%. ada fungsi badan yang boleh tergendala tanpa asid amino yang lengkap ini.

4) Soya mesti dibersihkan/ diasingkan dengan air, bukan alkohol. kenapa? selain alkohol tu haram untuk orang islam, alkohol juga menghapuskan kandungan isoflavanes dalam kacang soya. kalay soya takde isoflavanes, memang khasiat soya itu langsung tak wujud. isoflavanes terbukti mengurangkan risiko kanser, menyeimbangkan hormon dan meningkatkan jisim tulang. ingat tu, soya bukan penyebab kanser ya, tapi cara pemprosesan tu yang menyumbang kepada kualiti soya itu sendiri.

5) Proses pembuatan protein soya bukan melalui pemanasan- asid amino yang terdapat dalam protein soya adalah sangat sensitf kepada suhu yang tinggi. memasak soya dengan suhu yang tinggi memusnahkan asid amino yang penting sehingga 50%. rugi lah makan tanpa khasiat kan!

6) Bahan anti- thyroid/ anti- growth substance mesti disingkirkan. cara penyingkirannya pula mesti memastikan asid amino dan kandungan isoflavanes dalam protein soya tidak terjejas.

7) Product soy isolate mesti ditambah dengan unsur kalsium. ini kerana tanpa tambahan kalsium, soya yang asal boleh menyebabkan kerapuhan tulang. tambahan kalsium akan meneutralkan semula soya dan mengembalikan faedah- faedah yang lain.

credit to Puteri

           (Energizing Soy Powder) ESP Shaklee ade kesemua 7 ciri yang saya senaraikan kat atas.



                                                                Anda tak nak cuba ke?

HUBUNGI SAYA | winadore7@gmail.com untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee.
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Tuesday 11 September 2012

Healing Crisis

Article menarik tentang healing crisis ni saya dapat dari blog Puteri. Jom kita baca sama-sama, hehehehe....


  • Walaupun persekitaran dan kehidupan kita sekarang ni penuh dengan pencemaran, tekanan dan gaya hidup yang tidak sihat, kita sebenarnya masih ada peluang untuk memperbetulkan keadaan. walaupun mungkin kita tidak dapat 100% kehidupan sihat, makanan sihat dan persekitaran yang bersih, kita masih boleh sekurangnya mencapai tahap optima. 
  • Apabila kita ambil keputusan untuk memperbaiki keadaan (makanan yang sihat, bersenam, ambil supplement dll), badan kita akan mengalami fasa membuang semua toksin dalam badan ataupun yang dikenali sebagai "healing crisis" atau pun detoxification. 
  • Dadan kita sebenarnya sangat hebat untuk diperbaiki dengan sendirinya. apabila badan telah diberi zat secukupnya, ia akan mula membuang semua toksin yang ada dalam badan. 
  • Kalau badan kita memang berpenyakit, badan akan mengambil masa yang lama untuk keluarkan semua toksin yang ada. kalau badan kita sihat, mungkin sekejap saja. 
  • Biasa juga, selepas kita ambil vitamin atau berhenti mengamalkan kehidupan yang tidak sihat seperti merokok, makan makanan segera, badan akan terasa lebih cergas. kemudian tiba- tiba rasa lemah, lesu, letih. apa sebenarnya yang berlaku? 
  • Sebenarnya, ketika badan membuang segala toksin daripada sistem, organ- organ memperkuatkan dirinya dan berfungsi dengan lebih baik. badan kita sebenarnya lebih kuat dari apa yang kita jangkakan!
  • Pada masa ini juga, tisu- tisu baru dihasilkan, dan toksin yang tersimpan (kebanyakan nya dalam LEMAK!) pun dikeluarkan sepenuhnya dari badan. 
  • Oleh sebab toksin banyak tersimpan dalam lemak, bila kita melalui "healing crisis" kadang- kadang kita akan hilang berat badan juga. 
  • Kadang- kadang semasa badan melalui krisis ini, penyakit yang kita hadapi juga akan menjadi lebih teruk. yang membezakan antara penyakit sebenar dan healing crisis ialah, kesakitan semasa healing crisis adalah sementara. jadi bertahanlah!
  • MINUM lah air kosong, atau tea herba dan jus buah- buahan dengan kerap dan secukupnya ketika proses ini berlaku. ia akan bantu badan anda bertahan. 
tips menarik: ramai orang rasa seperti kena selesema selepas diurut, mengapa? ia kerana toksin dalam otot sedang dikeluarkan. jadi, selepas urut, kena minum air dengan banyak ya! 



HUBUNGI SAYA |  | winadorw7@gmail.com *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.